السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum wbt.
Kini sedang berlangsung Kelas Tafsir setiap Sabtu dari jam 10am-12pm, pembelajaran boleh diikuti pada bila-bila masa sahaja. Jika anda mencari dan ingin belajar berkaitan kefahaman Tafsir Alquran, disinilah tempat yang paling tepat untuk mendalami ilmu tersebut. Kerana ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diajarkan. Pelajaran telah bermula dan anda boleh mendaftar untuk mengikuti kelas tersebut kerana Ustaz menggunakan teknik pengajaran tafsir secara per ayat, malah menghuraikan setiap ayat dengan menggunakan tafsir ilmu ibn kathir. ianya amat mudah difahami dan ustaz akan menggunakan rujukan-rujukan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Tenaga pengajar merupakan pengasas Madrasah Al-Fahmi yang mana beliau merupakan lepasan BA Tafsir, Cairo Mesir. dan beliau juga diberikan kelebihan ilmu ini untuk diajarkan kepada Ummah.
Marilah bersama-sama kita memberikan masa dan ruang untuk selama 2 jam pada hari yang dipilih untuk mentaddabbur Al-Quran,kerana tidak akan mencari Ilmu buat kita. tetapi kita yang perlu menggunakan masa sebaiknya untuk mencari Ilmu.
Harga
Yuran: $30 SEBULAN
Yuran pendaftaran: $20 (pembayaran sekali sahaja untuk pelajar baru)
Details
Setiap Hari Sabtu: 10am-12pm
Diajarkan oleh Asatizah yang mempunyai ARS dan bertauliah.
Lokasi : 970 Geylang Road, Tristar complex, #02-03 room 7
Tempat terhad : 50 Orang Sahaja
Terma dan Syarat:
- Mestilah berusia 18 tahun ke atas. (tiada had umur untuk yang berusia).
- Wang pendaftaran anda tidak akan dikembalikan selepas proses pembayaran dilaksanakan.
- Nota akan disediakan dan yuran pendaftaran hanya sekali seumur hidup.
- Diajarkan oleh Asatizah yang mempunyai ARS dan bertauliah.
- Lokasi – 10-15 minit berjalan kaki dari MRT Paya Lebar, perkhidmatan bas berhampiran, bersebelahan dengan Joo Chiat Complex, berdekatan dengan Al Azhar restoran (Halal), terdapat ruangan untuk solat.
Untuk pendaftaran, sila hubungi 6909 7311 / 9148 6224 (syda/nur).
Click di sini untuk Whatsapp kami: