MEMAHAMI BAHASA AL-QURAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wbt.

Berita gembira kepada anda yang ingin memulakan pelajaran bahasa Arab Al-Quran. Konsep yang digunapakai adalah untuk memudahkan pembacaan dan kefahaman dalam mengenali maksud di dalam Al-Quran.

Kaedah Bahasa Arab Anda Baca Anda Faham adalah merupakan modul asas permulaan kefahaman dalam memahami kata nama di dalam Al-Quran.

KEWAJIPAN MEMAHAMI ALQURAN

  • Memahami Al-Quran adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun dengan hanya membacanya kita diberikan pahala. Tetapi, tidaklah boleh kita berhenti setakat disitu sahaja. Seharusnya kita sebagai penganut agama Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai landasan utama kehidupan kita dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW, seharusnya memahami isi kandungannya menggunakan kaedah apa pun.
  • Firman Allah dalam Surah Yusuf , ayat 2: yang bermaksud:-\” Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. \”-
  • Ayat ini menjelaskan peri pentingnya memahami Al-Quran. Allah membekalkan manusia dengan akal yang waras agar dapat menggunakannya untuk memahami Al-Quran.
  • Fungsi akal bukan sekadar digunakan untuk mencari pendapatan di dunia ini sahaja. Ia lebih dari itu termasuk menemukan kaedah untuk memahami Al-Quran melalui pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah dengan mempelajari bahasa Arab dan bahasa Al-Quran.
  • Perbahasan dalam pembelajaran memahami kaedah kata nama merupakan pembahasan langsung dari kitab induknya iaitu Al-Quran.
  • Disebabkan itu, pengasas Alfahmi Services mengambil iktibar dalam kefahaman yang diperolehi beliau yang dianugerahkan untuk mengeluarkan serta mengajarkan ilmu memahami Al-Quran ini secara berperingkat kepada Ummah. Supaya apabila kita membacaNya kita akan lebih fokus dan memahami isi kandungannya.
  • Tenaga pengajar merupakan Lulusan dari Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir dan mempunyai pengalaman dalam mengajarkan Ilmu ini lebih dari 15 tahun. 

Harga

Yuran: $80 SEBULAN

Yuran pendaftaran: $30 (pembayaran sekali sahaja untuk pelajar baru)

Buku: $25

Details

Setiap Hari Sabtu: 2pm-5pm

Diajarkan oleh Asatizah yang mempunyai ARS dan bertauliah.

4 MODUL / PRAKTIKAL SURAH ALFATIHAH – AN-NABA

 

Lokasi : 970 Geylang Road, Tristar complex, #02-03 room 7

Tempat terhad : 45 orang sahaja

SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN.

Terma dan Syarat:

  1. Mestilah berusia 18 tahun ke atas. (tiada had umur untuk yang berusia).
  2. Wang pendaftaran anda tidak akan dikembalikan selepas proses pembayaran dilaksanakan.
  3. Nota akan disediakan dan yuran pendaftaran hanya sekali seumur hidup.
  4. Diajarkan oleh Asatizah yang mempunyai ARS dan bertauliah.
  5. Lokasi – 10-15 minit berjalan kaki dari MRT Paya Lebar, perkhidmatan bas berhampiran, bersebelahan dengan Joo Chiat Complex, berdekatan dengan Al Azhar restoran (Halal), terdapat ruangan untuk solat. 

Untuk pendaftaran, sila hubungi 6909 7311 / 9148 6224 (syda/nur).

Click di sini untuk Whatsapp kami:

http://wa.me/6591486224

Start Time

2:00 pm

October 5, 2019

Finish Time

4:00 pm

October 5, 2019

Address

970, Geylang Road. Tristar Complex. #02-03 (Room 7)

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *