Hal yang utama dari belajar membaca alquran adalah juga belajar tajwid al-quran. Ilmu tajwid asas dipelajari ketika kita sudah mengetahui huruf huruf alquran atau huruf huruf hijaiyah, serta kita sudah boleh membaca huruf huruf tersebut. Hukum nun mati, hukum mim mati, alif lam syamsiah serta hukum mad menjadi hal asas untuk kita pelajari.
Apakah Itu Tajwid Alquran ? tajwid alquran adalah tata cara membaca alquran dengan baik dan benar, sesuai dengan kaedah-kaedah membaca alquran.
Dalam ilmu keislaman khususnya di bidang membaca alquran dikenal dengan ilmu tajwid.
Tajwīd (تجويد) secara harfiah bermakna melakukan sesuatu dengan baik dan indah atau bagus dan membaguskan, dalam bahasa arab, tajwid berasal dari kata Jawwada (جوّد-يجوّد-تجويدا).
Pengertian lain dari ilmu tajwid ialah menyampaikan dengan sebaik-baiknya dan sempurna dari tiap-tiap bacaan ayat al-Quran. Para ulama menyatakan bahwa hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf atau dewasa.
Kelas akan bermula pada 4 Februari 2020, setiap Selasa, 8pm – 9.30 pm
Yuran bulanan : $50 sebulan
Yuran pendaftaran (pelajar baru sekali sahaja) : $10 seorang / $30 untuk 5 orang
Tempat : 970 Geylang Road, Tristar Complex,#02-03 Room 7