السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum wbt…
Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau ucapan terakhir Nabi Muhammad SAW kepada sekumpulan besar pengikut dan masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida’ yakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin.
Untuk topik kali ini, akan dibahaskan dan disampaikan kepada pelajar dan jemaah kata-kata terakhir Rasulullah. Apakah kata-kata itu dan apakah pesanan itu?
Kami menjemput anda untuk bersama-sama mendalami Ilmu ini. Maklumat lanjut seperti di bawah ini:
Details
Tarikh: 12 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa : 12.30PM- 2PM
Tempat : Madrasah Al-Fahmi, 970 Geylang Road, Tristar Complex, #02-03 Room 7.
(Lokasi – 10-15 minit berjalan kaki dari MRT Paya Lebar, perkhidmatan bas berhampiran, bersebelahan dengan Joo Chiat Complex, berdekatan dengan Al Azhar restoran (Halal) dan ruang solat)
Tempat terhad : 60 orang sahaja
Hubungi : 6909 7311 / 9148 6224
Click di sini untuk Whatsapp kami:
Harga
Pendaftaran : $10 sahaja (PERCUMA UNTUK PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR MADRASAH ALFAHMI)
“Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh”.