KELAS AQIDAH : AQIDATUL AWAM JAWAHIR AL-KALAMIYAH

Kelas ini akan membincangkan perkara-perkara Aqidah/Tauhid yang paling asas dan wajib diketahui oleh setiap orang Islam terutamanya rukun Iman.

Antara perkara-perkara yang akan dibahas ialah :

*Pengenalan/definisi Aqidah Islamiah dan perbezaannya dengan tauhid

*Makna dua kalimah syahadah

*Beriman kepada Allah – Cara-cara untuk mengenal Allah

*Kepentingan mempelajari Sifat 20, salah faham mengenainya, jawapan terhadap syubhat golongan yang meraguinya dengan dalil dan hujah.

*Perbincangan mengenai cara beriman kepada Allah dan mengenalNya, serta mendalami sifat 20 dengan dalil ‘aqli (akal/logik) dan naqli (bersumber dari Quran dan Hadis)

*Cara-cara menerapkan sifat-sifat Allah di dalam kehidupan seharian

*Beriman dengan para malaikat serta cara menerapkannya di dalam kehidupan seharian

*Beriman dengan kitab-kitab Allah

* Beriman dengan para Rasul; sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus dengan dalil ‘aqli (akal/logik) dan naqli (bersumber dari Quran dan Hadis), serta cara menerapkannya di dalam kehidupan seharian

* Beriman dengan hari akhirat. Apakah yang akan dilalui oleh manusia sejak azali sehingga ke syurga/neraka?

*Beriman dengan takdir (qadha & qadar) serta bagaimana cara beriman dengannya dan jawapan bagi salah faham yang sering berlaku di dalam memahaminya.

Di samping itu, para peserta akan diajar juga cara-cara menerapkan dan mengaplikasikan aqidah Islamiah di dalam kehidupan seharian.

Semua masalah di dalam dunia ini boleh dihadapi melalui keimanan yang kuat kepada Allah.

Insha-Allah kelas ini akan dapat membantu seseorang itu untuk menguatkan keimanannya kepada Allah.

Sangat sesuai untuk sesiapa yang :

– Baru ingin kembali kepada Islam

– Belum pernah belajar subjek aqidah/tauhid secara tersusun

– Ingin mengulangkaji bab Aqidah.

KURSUS akan dipimpin oleh Ustaz Mohamed Taufik lulusan dari Universiti Al-Azhar di dalam Jurusan Usuluddin, pengkhususan Aqidah & Falsafah

KELAS BERMULA:

TARIKH : 4 Februari 2020 (setiap selasa)
MASA : 10AM-11.30AM
TEMPAT : 970 Geylang Road, Tristar Complex, #02-03 Room 7

Hubungi : 6909 7311 / 9148 6224 / 8157 8385

Yuran Bulanan : $50 sebulan | $10 yuran pendaftaran pelajar baru sekali sahaja

 

Terma dan Syarat:

  1. Mestilah berusia 18 tahun ke atas. (tiada had umur untuk yang berusia).
  2. Wang pendaftaran anda tidak akan dikembalikan selepas proses pembayaran dilaksanakan.
  3. Nota akan disediakan dan yuran pendaftaran hanya sekali seumur hidup.
  4. Lokasi – 10-15 minit berjalan kaki dari MRT Paya Lebar, perkhidmatan bas berhampiran, bersebelahan dengan Joo Chiat Complex, berdekatan dengan Al-Azhar restoran (Halal), terdapat ruangan untuk solat. 

Share with:


Start Time

10:00 am

February 4, 2020

Finish Time

11:30 am

November 3, 2020

Address

970, Geylang Road. Tristar Complex. #02-03 (Room 7)

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *